Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956).
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh mesyarakat untuk beroperasi.
No comments:
Post a Comment