Wednesday, July 27, 2011

Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan

Pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu teras utama dalam mencapai Wawasan 2020 (Blue Print Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Pembangunan modal insan yang terancang untuk meningkatkan keupayaan Bangsa Malaysia amat penting bagi memastikan guna tenaga yang terbaik, terlatih, sepadan dan mencukupi untuk mengisi kemajuan negara pada tahun 2020.
PERSOALANNYA...
1. Apakah produk yang dihasilkan oleh IPTA dan IPG mencapai kehendak misi nasional tersebut? Sila beri pandangan anda.


2 comments:

  1. pada pandangan saya, produk yang dihasilkan oleh IPTA dan IPG sememangnya menjurus kepada kehendak misi nasional namun perbawakan oleh sesorang atau produk itu sendiri yang menjadi sesuatu faktor penentu sama ada berjaya atau tidak. setiap IPTA dan IPG telah mengariskan dan menyediakan modul dan latihan yang baik namun jika penuntut itu sendiri tidak prihatin dan tidak bersemangat natijahnya memang tidak memenuhi kehendak misi nasional ini.

    ReplyDelete
  2. NADIAH ABU BAKAR : saya berpendapat bahawa guru-guru keluaran IPTA dan IPG dapat mencapai misi nasional negara. sebagai bakal produk keluaran IPG, saya sememangnya merasakan bahawa segala latihan, pendedahan, perancangan dan modul yang digunakan sepanjang kursus adalah amat membantu dalam menghasilkan bakal guru yang berilmu, berkemahiran, berwibawa dan semestinya terlatih. hal ini kerana kami telah mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran sama ada dari segi kurikulum dan kokurikulum yang sepadan dengan kehendak sekolah dan pendidikan. Dan saya juga yakin bahawa atas segala yang telah kami pelajari sepanjang 5 tahun setengah kursus peguruan ini dapat membantu negara dalam mencapai misi nasional..

    ReplyDelete