EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONALISME GURU
Friday, August 12, 2011
Tentang Profesionalisme Guru
Guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran.Guru profesional juga perlu mempunyai sahsiah yang baik dan diteladani pelajar.
Thursday, August 11, 2011
Konsep Profesion dan Profesionalisme
Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956).
Menurut Kamus Dewan ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).
Profesional ialah ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), empat atribut dalam satu profesion ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh mesyarakat untuk beroperasi.

Wednesday, July 27, 2011
Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan
Pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu teras utama dalam mencapai Wawasan 2020 (Blue Print Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). Pembangunan modal insan yang terancang untuk meningkatkan keupayaan Bangsa Malaysia amat penting bagi memastikan guna tenaga yang terbaik, terlatih, sepadan dan mencukupi untuk mengisi kemajuan negara pada tahun 2020.
PERSOALANNYA...
1. Apakah produk yang dihasilkan oleh IPTA dan IPG mencapai kehendak misi nasional tersebut? Sila beri pandangan anda.
Subscribe to:
Comments (Atom)